Dh lupa mcm mana citer penoh dia. Ingat pun cuma sket2. Terkadang konfius pulak ngan filem RAHSIA, hmm.
Sebelum aku citer pasal apartment misteri kat Langkawi 2010 tu...meh aku taruk citer antara misteri rumah2 tua kat kawasan Taiping ni.
(citer2 di LANGKAWI 2010 tergendala seketika, ye..hehe)
1) Rumah di bawah ni. Antara rumah2 pegawai utk kakitangan kerajaan dulu2, ngee.
Rumah ni terletak di belakang SM(P) Treacher Methodist, berhadapan ngan Masjid Hanafi, berdekatan juga ngan gereja & kuburan kristian di situ. Berhampiran juga dgn pejabat tentera di persekitarannya.Antara paling seram pernah aku dgr adalah citer yg berlaku ketika tahun 80'an. Seorang pegawai kerajaan berpindah ke Taiping..situ ler tinggalnya. Walaupun umah tu umah lama tp seronok ler sbb umah tu besar. Laman pun luas.
Seminggu duduk situ..ok je. Masuk minggu ke2..mula ler terdengar mcm2. Bunyi periuk belanga kat dapur ler..dan mcm2 ler. Baby dorang pun penah menangis malam2 sampai sebulan. Bila jumpa sorang ustaz tu..ustaz tu ckp ada makhluk halus kat atas bumbung umah dorang yg mengganggu baby dorang tu.
Sampai ler satu malam..isteri dia bangun utk buang air. Maklum ler..umah lama..tandas dia mesti ler jaoh dari bilik, kan? hehe.
Tp dia pelik pulak pasal terdengar sora budak2 riuh rendah sedang bermain sesuatu kat laman umah dia. Dia pun bukak ler tingkap sket nak intai. Mula2 tengok ada 2 org budak tgh bermain seolah2 bolasepak yg ditendang2nya. Bila ditenung direnung..terkejut ko!! Kat kepala budak2 dua org tu ada tanduk, kat ponggong dia ada ekor!!
Budak2 tu tgh syok sepak2 sesuatu. Tetapi bila diamati..bukan ler sebijik bola yg ditendangnya..rupa2nya...kepala baby ler ngan mata terjojol, ngeri!!!
Sedang isteri pegawai ni sdg dihimpit rasa seram...tiba2 salah sorang dari budak bertanduk dan berekor tu terperasan pulak ada org sdg tengok mereka. Pastu, dia bgtau yg lagi sekor tu. Bila kedua-duanya pandang isteri pegawai tu..maka terkejut ketakutan ler isteri pegawai tersebut. Cepat2 dia tutup tingkap. Nak menjerit ke hapa..suara dh tak boleh nak keluar!! Eii...takutnya.
Elok2 isteri pegawai tu berpusing..alamak aii, budak 2 ekor tadi tu dh ada kat depan dia ler. Ngee..atotnyerrrr!!
Yg si pegawai ni pulak, heran ler mana pulak isteri dia lama sangat gi buang air. Disebabkan risau dan prihatin ke atas isterinya..pegawai ni pun gi ler nak tgk. Terkejutnya dia bila nampak 2 ekor budak bertanduk sdg merenung isteri dia...adeii!!
Terus ler pegawai tu menjerit Allahhu Akbar!! Bila dgr je kalimah Allah tu..terus lerPLINGG!! hilang budak bertanduk 2 ekor tu.
Lepas2 tu..keluarga pegawai tu berpindah ke tempat lain selepas dinasihatkan oleh seorang ustaz kat dorang.
Untuk kisah lanjut..leh ler jengok blogspot ni. Kredit utk Delima Malaysia.
http://delimamalaysia.blog
2) Yg ni pulak digelar Villa Sangkuriang.
Nak aku citer ke kat mana lokasi dia. Adeii, takleh laa. Sebab skang ni dh dijadikan pejabat tentera ler, hmm.Kat sini pun ada citer2 seram gak. Maklum ler..umah dolu2 yg dibina ketika zaman british, kan. Ramai yg bunuh diri, dibunuh...
Dgr citernya...kat situ ketika azan Subuh ngan azan Maghrib...tiba2 je dgr sora anjing menyalak2. Tp bila tgk..takde pun anjing kat dpn2 umah tu.
Kalo tido dlm umah tu..esok bangun tido didapati dahhhh kena alih kat tempat lain. Kalo tido kat bilik kena alih ke dapur laa, ke ruang tamu laa, kat bilik air laa..hah!! cenggitu ler lebih kurang, hehe.
Akhirnya, umah tu dh takde org sanggup nak dok..tentera pun amek ler utk dijadikan ofis dorang.
3) Banglo di Bukit Jana
Rumah ni katanya..milik cina. Penah ada kes bunuh diri..pempuan ler.Dah disewa beberapa kali...penyewa takleh nak duduk lama pun. Asek kena ganggu je.
Tgk ler jiran sebelah banglo ni. Dh tutup ngan zink dh kat sempadan pagar dorang. Sebab?? Sebab katanya dh selalu sgt ternampak mende seram menjelma kat umah tu, hmm..
Penah ler sorang Melayu tu nak sewa umah ni. Tp sblm dia dok...dia mintak izin ler nak wat bacaan yassin kat umah tu pada satu malam. Tengah dorang kat dlm umah baca yassin...'dia' kat luar tak senang. Dok mengilai keliling umah. Dia tak blah pun dari situ..tp dia kacau org baca yassin tu dari luar umah..hmm. Tak jadi ler org tu nak sewa.
Sampai tuan umah offer sewa RM100 sebulan pun..takde orang yg sanggop.
No comments:
Post a Comment